Bestnya kahwin adalah statement yang sering diucapkan oleh pasangan suami isteri yang bahagia dalam kehidupan berumahtangga atau perkahwinan. Mereka dapat merasai nikmat dan hikmah ‘bestnya kahwin’ itu.. Sering kali bila seseorang itu berkongsi bestnya kahwin atau hikmah perkahwinan dengan seseorang yang belum kahwin.. Dia akan kata eeee…. bestnya kahwin.. nak kawin jugak lah!!.. itu respons semula jadi manusia.
Best atau tak kahwin itu pula terletak kepada kita pasangan suami dan isteri, jika kita ada sifat taqwa (takut) pada Allah, sedar akan segala yang dipertanggungjawab dan tunaikan segala yang dituntut, sentiasa berdoa, Insyaallah kita akan sentiasa kata… bestnya kahwin!!
Kepada pasangan pengantin baru akan melalui bestnya kahwin ini, dan dengan doa dan berlaku baik sesama suami dan isteri.. perasaan bestnya kahwin ini akan kekal hingga ke akhir.. Insyaallah
Baru-baru ni saya berbual dengan seorang bekas anak murid lelaki,
“Saya tengok awak ni dah cukup syarat untuk kahwin..Ramai orang yang nak, duit banyak, pangkat besar, hensem, umur pun dah 26. Apasal tak nak kawin lagi?”
Dia menjawab dengan ringkas, “Saya nak enjoy dulu lah Dr.”
Saya pun bercerita panjang kepadanya tentang perbezaan orang dah berkahwin dengan belum. Dia pun akhirnya teruja mendengar‘seronoknya’ berkahwin. – tulisan Dr Siti Hamidah
1) Ada teman yang halal untuk melakukan segala-galanya; makan, tidur, berjalan-jalan, tengok wayang, shopping dan sebagainya. Apabila berjalan pegang tangan, terus dapat pahala dari Allah. Kalau tidak berkahwin, dapat dosa pula.
2) Adanya orang yang sentiasa bersama waktu senang, susah, kacak, selekeh (bangun tidur especially), kaya, pokai, gembira, duka dan sebagainya.
3) Ada isteri/suami yang akan mengimbangi kekurangan diri kita, seterusnya melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang yang hebat. Suami isteri yang bersikap bertentangan adalah yang terbaik. Contoh, apabila seorang suami mudah marah, selalunya akan dapat isteri yang sabar. Dalam masa yang sama suami juga akan belajar/berjangkit sifat sabar.
4) Akan mengalami kebahagiaan yang hanya orang berkahwin sahaja alami. Jika anda rasa bercinta itu bahagia, berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia. Percayalah!
5) Boleh berjimat duit dan mampu mengumpul harta. Jika bercinta, kos hidup menjadi dua kali ganda (sewa rumah, telefon, bil, makan). Kajian menunjukkan pasangan berkahwin lebih banyak memiliki harta berbanding mereka yang tidak berkahwin.
6) Dapat zuriat. Jika berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia daripada bercinta, memiliki seorang anak pula akan memberi lebih lagi kebahagiaan kepada kita. Hanya orang yang mempunyai anak sahaja yang tahu. (Anak kucing, anak hamster atau anak tekak tidak termasuk ya..)
7) Kita akan dapat kepastian yang tidak berbelah bahagi tentang kasih sayang dan kesetiaan suami/isteri kita. Kalau bercinta, masih tidak pasti dia betul-betul setia selagi dia tidak mengahwini kita.
9) Faktor yang terpenting adalah untuk mencari keredaan Allah dan mengelak daripada melakukan maksiat.
Akhirnya bekas pelajar saya berkata, ”Betullah Dr., dah kahwin lagi enjoy kan? Kalau tengok wayang bolehlah peluk-peluk, makan
bersuap pun orang tak mengata..”
Apa lagi, yang bujang-bujang cepatlah berkahwin. Gadis janganlah letak hantaran tinggi sangat ya
..
Demikianlah hikmah perkahwinan yang boleh kita dapat manfaatnya.. Insyaallah.
(dipetik dr kedaikuhebat.com)
No comments:
Post a Comment