Waktu subuh? Solat subuh? Dan kemudiannya lelaki-lelaki subuh?
Apakah itu? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je bunyinya?
Saya jamin, jika tidak banyak, pasti rakan-rakan sekalian punyai sedikit kemusykilan..
Sebenarnya, persoalan di atas berkait rapat dengan solat subuh. Spesifiknya lagi, persoalan di atas boleh dirumuskan begini;
Adakah anda bersolat subuh secara berjemaah di masjid atau di surau?
Jika ya, syabas diucapkan. Jika tidak, ayuh kita sematkan azam bulatkan tekad untuk lebih beristiqamah solat subuh secara berjemaah di masjid selepas ini. Boleh bukan?.
Soalan kedua pula, kesinambungan dari soalan pertama..
Selepas solat subuh.. apa yang anda lakukan? Membaca Al Quran? Bagus jika ya.. selepas itu? Oppss, alamak.. saya tertidur.
Insya-Allah, hadirnya saya menulis disini adalah untuk bercerita serba ringkas apa yang saya dapat dari program motivasi sebentar tadi di Melaka. Rugi rasanya jika saya tidak berkongsi dengan kalian semua, kerana banyak input menarik yang boleh dirungkai dan dikupas bersama.
Walaupun pada mulanya program ini hanyalah untuk para peserta, tetapi saya dan fasilitator lain turut terpaku mendengar satu demi satu fakta yang dikupas secara teliti dan 'mempersonakan' menarik saya dan yang lain untuk sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan. Terima kasih Dr. Ariff.
Rakan-rakan sekalian..
Ada kalanya kita rasa suram, rasa sedih, rasa murung. Bak kata remaja-remaja sekarang, bangun-bangun pagi saja dah emo. Seperti ada sahaja yang tidak kena. Dimanakah silapnya?
Silapnya adalah kerana anda tidur selepas solat subuh. Aduh, memang tepat mengena di pelusuk kiri jantung ini.
Penceramah dengan penuh hemat menceritakan bahawa tidur selepas waktu subuh adalah sangat tidak baik untuk emosi dan kesihatan.
Kenapa? Kerana anda akan disihir jin.
[rujuk surah Al - Falaq]
"Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar)"
"Dari kejahatan (makhluk yang dia ciptakan)"
"Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita"
"Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
buhul-buhul (talinya)."
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki."
Jadi, mulai saat dan detik ini, mari kita sematkan azam untuk berubah. Insya-Allah!
Selain itu, saya pasti ramai yang mengetahui bahawa waktu subuh bukan sahaja waktu yang penuh dengan rezeki, tetapi juga penuh dengan Ilham. Jika anda tidak percaya, cubalah anda belajar atau mencari idea-idea pada waktu subuh.. pasti idea dan solusi-solusi bernas akan timbul. Begitu juga satu jam belajar pada waktu subuh lebih berharga dari 4 jam belajar pada waktu-waktu lain. Namun harus diingat, niat itu yang terutama.
Menyebut pada soal niat pula.. "Setiap perbuatan itu bermula daripada niat" sedarkah bahawa setiap gerak dan kerja menuju kejayaan itu adalah bermula daripada niat. Bagaimana?
Kita gambarkan melalui satu analogi..
Pelajar yang berniat menjadi seorang Doktor yang berjaya di dunia dan di akhirat pasti akan memandang buku anatomy sebagai satu kesukaan dan ibadah, berbeza pula dengan pelajar yang mengambil bidang kedoktoran ini secara suka-suka, ikut-ikutan dan kerana inginkan pangkat dan harta kekayaan.. mereka tidak akan lihat belajar itu sebagai satu ibadah dan perkara yang menyeronokkan. Hasilnya, mereka akan mudah stress dan jemu.. pernahkan anda berasa sedemikian? jika ya.. ayuh kita perbetulkan niat!
Pesan ayah..
"Ayah tengok budak-budak muda sekarang yang masuk dakwah ni bukan tak bagus, diorang ni bagus.. tapi tengoklah macam mana diorang kerja. Time mengajar baca paper, datang sekolah lambat.. akhlak macam inikah contoh seorang pendakwah?"
Tersentak saya seketika, lalu saya menyoal kembali kepada diri.. di manakah silapnya.. saya tidak mahu soal ini menjadi fitnah bagi dakwah...
Kembali berbalik kepada persoalan di atas, Alhamdulillah, ketika itu saya sedang membaca buku terbaru karya Ustz Pahrol Mohamad Juoi, 'Dilema Melayu- islam, kurang fikir atau kurang zikir'. Didalam bab 21 iaitu 'Salah faham tentang islam', beliau banyak mengulas sikap sesetengah golongan melayu-islam yang bukan sahaja salah tafsir tentang islam tetapi menyempitkan sudut pandangan mereka tentang islam.
"Mereka cenderung melihat Islam pada aspek rohaniah semata-mata dengan membelakangkan aspek material, ataupun hanya melihat aspek material dengan meminggirkan soal rohaniah" - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Adakah mereka lupa bahawa dunia ini adalah ladang bagi tanaman akhirat?
Kekeliruan seperti inilah yang harus kita bendung. Ini adalah kerana akibat kelemahan sistem penyampaian islam oleh para pendakwah mereka sebenarnya secara tidak sedar bahawa akhlak dan sikap mereka juga menimbulkan fitnah bagi dakwah Islamiah itu sendiri.
Dr Yusuf Al Qadrawi pernah memetik kata-kata seorang sarjana barat yang terbuka hatinya untuk memeluk islam "Subhanallah yang mengenalkan aku islam sebelum aku mengenal orang islam" Ertinya, mungkin jika sarjana tersebut mengenal umat Islam terlebih dahulu hatinya akan tawar memeluk islam!
Maka ayuh, kita jadikan ia sebagai motivasi agar kita boleh menjadi seorang pelajar dan pendakwah yang baik. Hiasilah jiwa kita dengan akhlak dan sifat-sifat seorang pelajar yang cemerlang. Bukan kecemerlangan duniawi sahaja yang ingin dicari tetapi kecemerlangan akhirat juga harus ditampilkan dengan Qudwah Hasanah yang mungkin boleh mencairkan hati insan-insan yang ingin kita dakwahkan itu.
Pesan Imam Hassan Al Banna
Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita prioritaskan dan amalkan.
1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)
4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.
6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.
8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.
Alhamdulillah.
Showing posts with label muhasabah sepanjang zaman. Show all posts
Showing posts with label muhasabah sepanjang zaman. Show all posts
Sunday, 19 February 2012
Sunday, 20 November 2011
oh!! kaum hawa sekalian..
Kepada kaum hawa,terlalu byk ujian bagi kaum hawa.Semoga artikel ini bermanfaat buat kamu semua.Buat kaum adam,pasti kamu juga tidak mahu orang yang kamu syg menghadapi salah satu siksaan dibawah ini.Harap artikel ini dapat disampaikan kepada org lain.INSYAALLAH..
khususnya untuk para wanita dan diri sendiri...Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis?
Beliau menjawab "Pada malam aku di-isra'-kan,aku melihat perempuan - perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dimana otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya,tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam ,memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka,otaknya keluar dari lubang hidung,badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi s.a.w
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah menjawab: "Wahai putriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang TIDAK MENUTUP RAMBUT MEREKA sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
- Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'MENGOTORI' tempat tidurnya.
- Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang TIDAK TAAT KEPADA SUAMINYA,ia keluar rumah tanpa izin suaminya , dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
- Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia BERHIAS untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
- Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
- Perempuan yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking karena dia mampu mengerjakan solat & puasa tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
- Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah TUKANG UMPAT DAN DUSTA..Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang SUKA MEMFITNAH dan membenci suami.
"Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis juga.."
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.Sampaikanlah kepada kawan2 kita yg lain.
Sunday, 30 October 2011
Saya diselaputi dosa, ingin keluar, tetapi…
Macam mana hendak membersihkan diri dari selaput lumpur dosa kita yang melekat kuat?
Satu perkara yang sering diajukan kepada saya adalah berknaa ingin keluar daripada lumpur dosa. Ya, ramai sebenarnya yang ingin berubah. Tetapi mereka tidak tahu apa yang mereka patut lakukan. Ada pula yang hatinya telah diketuk dengan kesedaran, tetapi dosa-dosanya yang banyak membuatkan dia merasakan dirinya tidak terampun.
Kita rasa diri kita kotor dengan dosa. Kita ingin keluar. Tetapi kita tidak tahu bagaimana.
Kita telah berusaha untuk keluar, berkali-kali mencuba, tetapi gagal juga, kita rasa kecewa.
Apakah tiada cara untuk kembali kepada-Nya?
Kita tertanya-tanya.
Untuk saya, selagi kita tidak berputus asa, selagi itulah ruang untuk menggapai keampunan Allah terbuka. Ya, selagi kita tidak berputus asa.
Pesan mudir saya
Sebelum saya ke Jordan, antara perkara yang saya paling takutkan adalah dosa. Saya risau jika saya tidak lagi tinggal di sekeliling guru-guru yang boleh menegur, tidak lagi bersama rakan-rakan yang boleh menasihat, dan apabila saya terjerumus ke dalam dosa, tiada siapa lagi boleh menarik angkat saya.
Maka saya bertanya kepada mudir MATRI, Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.
“Ustaz, kalau seseorang itu, jatuh dalam lembah dosa, kemudian bertaubat, kemudian dia terjatuh kembali, kemudian dia bertaubat, kemudian dia terjatuh lagi, dan berkali-kali perkara itu berulang, dosa itu tidak mampu dia tinggalkan, bagaimana ustaz?”
Ustaz Dahlan menjawab dengan tenang ketika itu:
“Usaha lagi. Jangan putus asa. Berapa kali terjatuh pun, bangun balik, bertaubat kepada-Nya. Jangan putus asa”
Ringkas. Pesanannya sangat ringkas.
Jangan putus asa.
Yang kemudiannya saya belajar
Kemudian, apabila saya berada di Jordan, saya ada mengambil satu mata pelajaran bernama Hadyi An-Nabawi Fil Adab Wa Ar-Riqaaq. Bermaksud Petunjuk Nabawi Dalam Adab dan Pelembut Hati. Kitabnya terbahagi kepada dua. Pertama Adab, kedua Riqaaq.
Di dalam Kitab Ar-Riqaaq, terdapat satu bab bertajuk:
Jangan Berputus Asa Dengan Rahmat Allah Walau Telah Membunuh 100 Orang
Di bawah tajuk itu, terdapat satu hadith yang mungkin biasa kita dengar. Hadith itu mafhumnya begini:
Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahuanhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Dulu sebelum kalian ada seorang lelaki yang membunuh sembilan puluh sembilan orang, sehingga dia bertanyakan tentang orang yang paling alim di kalangan penduduk bumi. Mereka menunjukkannya kepada seorang rahib (ahli ibadah), kemudian orang tersebut mendatanginya dan berkata bahwa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Rahib tadi berkata: “Tidak.” Orang itu lalu membunuhnya, sehingga genap menjadi seratus orang. Kemudian dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling alim. Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia berkata kepadanya bahawa dia telah membunuh seratus orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Dan siapakah yang mampu menghalang antaramu dengan taubat. Pergilah ke negeri ini dan itu, kerana di sana ada orang-orang yang beribadah kepada Allah Ta’ala. Beribadahlah bersama mereka, dan jangan kembali ke negerimu karena negerimu adalah negeri yang jelek.” Kemudian orang itu pergi tetapi di tengah-tengah perjalanan dia meninggal. Lalu malaikat rahmat dan malaikat adzab saling berselisih tentangnya. Malaikat rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan bertaubat, menghadap Allah.” Malaikat azab berkata: “Dia belum beramal shalih sama sekali.” Kemudian datanglah kepada kedua malaikat itu seorang malaikat dalam bentuk manusia. Mereka (kedua malaikat itu) menjadikannya sebagai pemutus urusan mereka. Malaikat itu berkata: “Ukurlah antara dua negeri tersebut. Mana yang lebih dekat (jaraknya dengan kedua negeri itu) maka itulah lebih berhak.” Mereka kemudian mengukurnya. Ternyata mereka dapati bahwa dia (orang yang mati itu) lebih dekat ke negeri yang baik. Maka malaikat rahmat mengambilnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dahulu, saya pernah terbaca juga hadith ini. Tetapi dahulu sekadar terbaca. Saya dahulu berkata, lelaki itu hakikatnya bernasib baik kerana dia mati dalam jarakk yang lebih dekat pada negeri yang baik, sebab itu dia akhirnya masuk syurga. Tetapi, hakikat hadith itu rupanya bukan sedemikian. Pensyarah saya, Dr Muhammad Audeh Al-Hawari yang memang terkenal sebagai antara pakar hadith di Yarmouk berkata:
“Kenapa hadith ini menyertakan sekali perihal jarak antaara lelaki itu dengan kampung kebaikan? Hal ini kerana, Allah hendak menunjukkan bahawa Dia telah mengampunkan lelaki ini atas usahanya bergerak ke arah taubat tadi. Allah lah yang mendekatkan jarak kampung kebaikan itu pada lelaki itu”
Ketika ini, mata saya terbuka.
Teringat pesanan mudir saya.
Usaha, jangan putus asa.
Allah kepada kita
Allah, Tuhan kita. Dia, langsung tidak sama dengan apa yang ada dalam fikiran kita. Tidak akan mampu kita bayangkan-Nya, walaupun pembayangan kita amat hebat. Hal ini kerana, kita adalah makhluk, dan kita hidup dikelilingi makhluk, maka seluruh pemikiran kita tidak akan mampu menggapai apa yang bukan makhluk.
Sebab itu, keampunan Allah SWT, yang Allah SWT katakan amat luas itu, tidak akan mampu kita bayangka keluasannya. Rasulullah SAW bersabda:
“Allah menulis pada atas arasy-Nya: Sesungguhnya rahmatku mendahului kemarahan-Ku” Riwayat Bukhari.
Di dalam riwayat lain, Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya rahmatku, lebih luas daripada kemarahan-Ku”
Inilah dia harapan yang Allah berikan kepada kita. Dia bukannya tidak tahu kelemahan yang ada pada hamba-hamba-Nya. Dia meluaskan keampunan-Nya agar kita hamba-Nya ini tidak berputus asa. Agar kita tidak berputus asa mendekati-Nya, kembali kepada-Nya, memohon ampunan-Nya.
Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman:
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Lihatlah. Berapa kali tersungkur pun, seandainya kita terus-terusan berusaha mendekati Allah SWT, dalam keadaan penuh sesal dan harapan menggunung untuk meinggalkan dosa kita, dengan penuh sangka baik bahawa Allah akan mengampunka dosa kita walau 1000 kali tersungkur jatuh, insyaAllah keampunan Allah SWT adalah milik kita.
Masalahnya, berapa gigih kita berusaha untuk mendapatkan keampunan-Nya?
Penutup: Allah pesan – Jangan Berputus Asa Dengan Rahmat Allah
Bagi manusia yang beriman, melakukan dosa tanda imannya terganggu. Tetapi, itu bukan menandakan keimanannya tiada. Cuma resmi manusia lalai dan alpa, kadangkala kelalaiannya amat kronik hingga terheret melakukan dosa.
Tetapi, antara beza orang beriman dengan orang yang tidak beriman adalah, apabila dia berbuat dosa, dia tidak akan melengah-lengahkan taubatnya. Dia tidak akan putus asa dalam taubatnya.
Anda, yang merisaukan diri anda berkenaan dengan dosa yang anda ada sekarang, tandanya keimanan anda masih bergetar.
Maka saya berpesan kepada diri saya dan diri anda, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Allah sendiri berfirman:
“Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” – Az-Zumar ayat 53.
Di dalam ayat lain, Allah memberitahu kepada kita bahawa Nabi Ya’kub berpesan kepada anak-anaknya:
“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 87.
Maka bergeraklah. Bergerak dan jangan putus asa.
Jangan berhenti.
Terus mencari keampunan-Nya, dengan usaha, bukan harapan sahaja.
© Langitilahi.com
Sunday, 23 October 2011
azab bagi wanita
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
Saidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis ketika ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
"Pada malam aku di israk-kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksaannya.
Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan kayu dari api neraka,"kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi wajib.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:
1.. Biarkan info ini tetap dalam facebook Nurill Nurul.
2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
Salam Ukhuwah.....Salam Kebangkitan Islam......Wallahuaklam
ku memohon..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada
taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah ya
Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami
dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu.Amin.....

Monday, 26 September 2011
ke pintu syurga...
Kisahnya begini.................................:)
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang pendakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.
Pada mulanya dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda Arab itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk senyap di salah satu bangku. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,
“Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,
“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”
Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,
“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”
Paderi itu menjawab,
“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”
Kemudian dia mula beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin menahannya dengan tujuan untuk mengajukan beberapa pertanyaan (tujuan sebenarnya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya). Pemuda Arab itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata,
“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”
Si pemuda tersenyum dan berkata,
“Silakan!”
Sang paderi pun mulai bertanya,
“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”
“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”
“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”
“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
"Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT
Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman bermaksud, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).
Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman maksudnya, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah SWT. berfirman maksudnya, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa AS iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman bermaksud “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa AS yang terdapat dalam firman Allah bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai rohadalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman bermaksud, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.”
(At-Takwir: 18).
Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurgaadalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf: 98)
Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah SWT. berfirman bermaksud, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).
Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalahNabi Adam AS, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim AS. Allah SWT berfirman yg bermaksud, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).
Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT yg bermaksud “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari."
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Arab MUSLIM tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,
“Apakah kunci syurga itu?”
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,
“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”
Paderi tersebut berkata,
“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”
Mereka menjawab,
“Kami akan jamin keselamatan anda.”
Paderi pun berkata,
“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”
SubhanaALLAH Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang PEMUDA MUSLIM yang bertakwa
Sunday, 18 September 2011
Memburu Kemuncak Keimanan
Oleh sebab itu, iman mestilah dipelihara dan dijaga sebaik mungkin. Jika ia rusak, apalagi hilang tercabut dari dalam diri seseorang, maka nilai kehidupannya akan menjadi kosong pada pandangan Allah swt walaupun di dunia ia boleh sahaja merasakan berbagai kenikmatan dan kesenangan hidup serta meraih kedudukan yang tinggi, namun di akhirat ia akan mendapat murka dan siksa dari Allah swt. Allah swt menjelaskan : “Sesungguhnya orang-orang kafir (tidak beriman dan mentauhidkan Allah), dari kalangan Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani) dan kalangan kaum musyrikin, mereka adalah di neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya, sedangkan mereka adalah makhluk yang terburuk.” (QS Al Bayyinah : 6) Di zaman sekarang, ramai orang yang tidak menyedari harga atau nilai keimanan. Samada disedari atau tidak, seseorang itu mudah merusak dan bahkan membuang imannya dari dalam diri hanya kerana berharap sedikit kenikmatan dunia. Akhirnya ia :
Pola hidup manusia seperti itu disebut oleh Allah swt sebagai orang yang menukar :
Allah swt menjelaskannya : “Mereka itu adalah orang-orang yang membeli kesesatan dengan hidayah dan azab dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!” (QS Al-Baqarah : 175) Nikmat iman yang telah Allah anugerahkan kepada kita mesti kita syukuri. Caranya ialah dengan menjaganya baik-baik dalam diri kita. Walaupun keadaan iman itu boleh naik dan boleh turun, namun kita mesti berusaha secara maksima agar iman itu tetap kukuh dan kuat dalam lubuk hati kita. Agar iman itu tetap kukuh dalam diri, kita mesti memahami betapa besarnya nilai iman itu. Orang-orang yang sudah menyedari nilai iman, pasti ia akan menjaganya dengan baik dan maksima, sehingga ia merasakan kelazatan dan kemanisan. Kalau sudah dirasakan kelazatan dan kemanisan iman, maka saat itulah seorang Mukmin sampai ke puncak keimanannya. Setelah itu, ia akan merasakan betapa besarnya peranan iman dalam kehidupan, samada ketika mendapat kebaikan dan kemudahan hidup atau saat menghadapi berbagai kesulitan hidup. Orang yang sudah sampai ke puncak keimanan, warna kehidupan yang beragam ini ia rasakan sama sahaja kerana jiwanya stabil, samada dalam mendapatkan berbagai nikmat atau saat menghadapi berbagai cubaan dan kesulitan. Saat ia mendapat kebaikan, ia dengan mudah dapat bersyukur. Begitu pula saat menghadapi berbagai persoalan dan kesulitan hidup ia mampu melewati dan menjalaninya dengan penuh kesabaran. Orang yang sudah mencapai puncak keimanan kepada Allah :
Solat, ibadah, hidup dan matinya ia persembahkan hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain, walaupun ia diberi kesempatan memperolehi dunia dan seisinya. Seluruh perkatan, perbuatan dan aktiviti hidupnya hanya dengan niat untuk Allah, berdasarkan petunjuk Allah dan RasulNya; sedikitpun tidak ada rasa berat dan kesal di dalam dirinya dan ia pasrah dan menyerah bulat terhadap semua keputusan dan pilihan Allah dan Rasulnya. Itulah sikap hidup orang yang sudah sampai kepada puncak keimanannya kepada Allah seperti yang dijelaskan dalam Al-Qur’an : “Maka demi Rabb (Tuhan pencipta)mu, mereka belum beriman sampai mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim yang memutuskan semua perkara yang muncul di antara mereka. Kemudian mereka tidak memdapatkan keberatan sedikitpun dalam diri mereka atas keputusan tersebut dan mereka menyerahkannya secara total.” (QS An Nisaa’ : 65) Orang yang sampai ke puncak keimanan, tidak tergoda sedikitpun oleh gemerlapan kehidupan dunia walaupun ditawarkan padanya dunia dan seisinya, kerana ia sedar betul orientasi hidupnya adalah kemenangan akhirat yang maha hebat yang dijanjikan Allah kepadanya : “Itulah batas-batas hukum Allah. Dan siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah kemenangan yang amat besar (tanpa batas).” (QS An Nisaa’ : 13) Jika demikian halnya bagi orang yang sudah merasakan kelazatan dan kemanisan iman sebagai bukti ia sampai ke puncak keimanan, maka timbul satu pertanyaan : Bagaimanakah cara untuk merasakan kelazatan dan kemanisan iman itu? Jawabannya ialah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw : “Ada tiga perkara apabila ketiganya ada dalam diri seseorang maka ia akan merasakan manisnya iman. 1) Bahwa Allah dan rasulNya lebih ia cintai dari selain keduanya. 2) Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah Ta’ala. Dan 3) Dia benci untuk kembali kepada kekufuran (samada dari segi i’tiqad, hukum, akhlak, ibadah dan sebagainya) sebagaimana ia benci dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Bukhari) Dari hadis di atas dapat kita simpulkan seperti berikut : PERTAMA Allah swt dan Rasulullah saw mesti lebih kita cintai dari diri kita sendiri dan bahkan dari dunia dan seisinya. Caranya tidak lain kecuali dengan mentaati semua perintah dan menjauhi semua larangan Allah dan RasulNya. Kita lakukan semua itu hanya dengan niat ikhlas kepada Allah dan ‘ittiba’’ (mengikuti) Rasulullah. Mentaati Allah dan RasulNya adalah inti ibadah kepada Allah. KEDUA Membangun hubungan, komunikasi dan kerjasama dengan saudara seiman mestilah berlandaskan iman kepada Allah dan di atas cinta kerana Allah swt dan bukan untuk mendapatkan kepentingan duniawi, melainkan mendapatkan ridha dan cinta Allah. Inilah hubungan yang lurus dan abadi dan ia akan berkekalan sampai ke akhirat nanti sebagaimana firman Allah swt : “Orang-orang yang bersahabat dekat (di dunia) pada hari itu (Qiamat) sebahagian mereka akan menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (QS Az-Zukhruf : 67) KETIGA Kita mesti membenci kekufuran walauapapun bentuknya samada :
Masalah kebencian ini adalah urusan hati. Jika hati belum membenci kekufuran-kekufuran tersebut, sudah pasti hati kita belum dapat merasakan kelazatan dan kemanisan iman kerana antara kufur dan iman adalah dua perkara yang berbeza dan bertentangan. Tidak mungkin hati kita boleh menerima atau mencintai keduanya. Hati kita akan memilih salah satu di antara keduanya. Orang yang sudah merasakan kelazatan dan kemanisan iman, pasti dalam waktu yang bersamaan ia akan membenci kekufuran. Ya Allah, peliharalah iman kami yang sudah tertanam di dalam jiwa kami sejak kelahiran kami dahulu. Kurniakanlah kepada kami kesempatan untuk merasakan manisnya iman dalam kehidupan ini sebelum kami dipanggil pulang untuk menghadapMu pada hari pembalasan nanti dan himpunkanlah kami di syurga Firdaus yang paling tinggi bersama RasulMu saw, para shiddiqin, syuhada’ dan solehin. Ameen Ya Rabbal Alameen |
Monday, 29 August 2011
cinta kita bagaimana?
Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.
Antaranya :
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin.
Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”.
Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.
Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan.
Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan.
Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut.
Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita.
Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan.
Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control.
Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu.
Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian.
Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah.
Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi.
Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.
(Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Wednesday, 10 August 2011
Mendekati Untuk Mencintai
by nurjeehan
- Ibnu Athaillah -
Wahai hamba Allah, apabila engkau meminta kepada Allah ketika hampir dengan-Nya, mintalah agar Dia memperbaiki semua yang ada pada dirimu. Berdoalah:
“Ya Allah, perbaikilah segala keadaanku.”
Mintalah kepada Allah agar Dia memperbaiki keadaanmu disertai perasaan reda terhadap semua ketetapan-Nya. Iaitu pasrah dan reda terhadap semua qada’ dan qadar-Nya.
Engkau adalah seorang hamba yang keliru jika ketika diminta kembali kepada-Nya dengan melakukan ketaatan, engkau terus lari dari-Nya dengan melakukan maksiat. Lari dari Allah ditanda dengan perbuatan-perbuatan jahat, melanggar perintah-Nya, keinginan yang menyimpang dan dengan niat yang salah.
Bila engkau lalai dalam solat, mensia-siakan puasa, mengeluh akan kurniaan Allah dan mencintai dunia beerti engkau telah lari dari Allah. Kerana hawa nafsu telah membuat engkau berani pada-Nya. Engkau telah berpaling dari Allah dikala engkau terdorong pada indahnya dunia, terbuai dengannya, sibuk memikirkannya serta lupa pada hebatnya hari akhirat.
Allah berfirman:
“Janganlah kamu membeliakkan kedua matamu (terlalu kagum) dengan apa yang Kami berikan pada mereka sebagai perhiasan kehidupan dunia. Hal itu untuk menguji mereka. Sedangkan rezeki Tuhanmu jauh lebih baik dan lebih kekal.” (Taha : 131)
Allah telah mentakdirkan sihat dan sakit, kaya dan miskin serta bahagia dan sedih kepadamu. Maksudnya adalah agar engkau kembali pada-Nya dan mengetahui semua sifat-Nya sehingga ketika engkau senang, engkau boleh bersyukur dan ketika susah engkau mampu pasrah dan bersabar.
Wahai manusia, berapa kali engkau hinakan dirimu dengan berdiri di hadapan makhluk, meminta bantuan dan pertolongan mereka?
Berapa kali mereka begitu berat mendengar permintaanmu, bermasam muka serta menghinamu?
Sementara engkau tidak pernah sekalipun kembali pada Penciptamu, tidak pernah meminta keperluanmu kepada-Nya serta tidak pernah menghadap-Nya secara khusyuk, berdoa secara jujur dan memohon secara tulus.
Wahai hamba Allah, jika engkau inginkan kemuliaan, janganlah berharap pada makhluk tetapi tambatkan rasa dan harapan pada Allah serta perlihatkan keperluan-keperluanmu yang terdesak kepada-Nya.
Kerana Allah mengabulkan doa orang yang sedang terdesak. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa boleh melenyapkan bahaya dan merasa senang jika diminta oleh hamba-Nya. Sesiapa yang meminta kepada makhluk tidak kepada Tuhan dan Tuannya, ia akan menjadi teramat hina.
Dirimu begitu setia dan terbuai dengan makhluk, sedangkan kepada Allah, engkau acuh tidak acuh dan menjauhi-Nya. Engkau tergolong dalam golongan orang yang bodoh kalau terus-menerus menemui makhluk kerana ingin mendapatkan hartanya sementara engkau tinggalkan pintu Zat Pemberi Rezeki, Yang Maha Berkuasa dan Maha Kukuh.
Bolehkan engkau meminta pada makhluk yang fakir lalu meninggalkan Allah Yang Maha Kaya? Jika ingin mendapat pelbagai kurnia, tunjukkan kesusahan dan keperluanmu pada-Nya serta jangan sekali-kali menyandarkan kekuatan sesiapapun yang berada di sekitarmu.
Apabila engkau ingin mendapat bahagian seperti yang Allah berikan pada para wali-Nya dan apabila engkau ingin hidup mulia, mintalah keperluanmu pada Allah, arahkan keinginanmu pada-Nya serta sibuklah dengan-Nya.
Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupinya.” (At-Talaq : 3)
Ibn ‘Abbas berkata :
Pada suatu hari, ketika saya berada di belakang Nabi SAW, baginda bersabda : “Wahai anak muda, jagalah (hak-hak) Allah, pasti Allah menjagamu. Jagalah Allah, pasti Allah memerhatikanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah pada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah pada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, hal itu tidak akan terwujud kecuali dengan takdir-Nya. Sebaliknya jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu, hal itu takkan berhasil kecuali dengan takdir-Nya. Pena sudah kering dan lembaran juga sudah dilipat.” (H.R. Tirmidzi dan menurutnya sanad hadis ini sahih)
Saya mendengar Abu al-’Abbas al-Mursi berkata:
“Demi Allah, aku tidak melihat kemuliaan kecuali saat manusia tidak memerlukan makhluk dan saat ia boleh menjaga diri dari harta mereka.”
Perhatikanlah sentiasa firman Allah:
“Kemuliaan itu hanyalah milik Allah, milik Rasul-Nya serta milik orang-orang yang beriman.” (al-Munafiqun : 8)
Di antara kemuliaan yang Allah berikan kepada kaum mukmin adalah apabila ia menambatkan keperluan dan keyakinannya pada Allah, tidak pada yang lain.
Wahai saudaraku, Allah telah memakaikan padamu pakaian iman dan menghiasimu dengan perhiasan makrifat. Oleh itu, hendaklah engkau malu kepada Allah apabila lalai dan lupa sehingga terdorong pada dunia lalu meminta kebaikan orang lain.
Alangkah buruk andai seorang mukmin meminta keperluannya pada makhluk padahal ia mengetahui keesaan Allah dan mendengar firman-Nya:
“Bukankan Allah mencukupi hamba-Nya.” (az-Zumar : 36)
Di antara janji yang engkau perlu lakukan adalah engkau tidak akan meminta keperluanmu kecuali kepada Allah serta tidak akan bertawakal kecuali kepada-Nya.
“Hanya kepada Allah hendaklah kaum mukmin bertawakal.” (Ali Imran : 160)
Sebaik-baik permintaan seorang hamba kepada Tuhannya adalah memohon agar diberi sikap istiqamah bersama-Nya.
Allah berfirman:
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (istiqamah).” (al-Fatihah : 6)
Mintalah selalu petunjuk dan sikap istiqamah iaitu dengan sentiasa bersama Allah di setiap keadaan dalam naungan reda-Nya. Iaitu dalam naungan ajaran Nabi SAW seperti yang Allah firmankan:
“Terimalah semua yang diajarkan Rasul dan jauhilah semua yang dilarangnya. Bertawakallah kepada Allah. Sungguh hukuman Allah amat hebat.” (al-Hasyr : 7)
Orang yang sedang berjalan menuju kepada Allah dan mendekatkan diri dengan ibadat, ibarat orang yang sedang menggali perigi di dalam tanah sedikit demi sedikit hingga menemui mata airnya.
Setelah melakukan usaha dan perjuangan yang lama, akhirnya perigi itu memancarkan air. Adapun orang ditarik mendekati-Nya seperti orang yang menginginkan air lalu tiba-tiba awan dari langit menurunkan hujan sehingga ia mengambil air tersebut sesuai dengan keperluannya tanpa perlu bersusah payah. Ertinya, Allah telah menarik orang tersebut kepada-Nya.
Syeikh Abu al-Hassan al-Syadzili bercerita: Pada suatu hari, aku tinggal di pedalaman selama tiga hari. Ketika itu, tidak ada makanan yang boleh dimakan. Tiba-tiba beberapa orang Nasrani melalui di hadapanku. Mereka melihatku sedang tersandar.
Lalu mereka berkata: “Orang ini ulama kaum muslim”
Kemudian mereka letakkan di atas kepalaku sepotong makanan kemudian berlalu pergi.
Sungguh ajaib. Bagaimana mungkin rezekiku berperantaraan dari musuh, bukan berperantaraan dari para kekasih, kataku ketika itu.
Tiba-tiba ada suara yang menjawab: Orang yang hebat bukanlah yang diberi rezeki dari para kekasih tetapi dari musuh.
Wahai hamba Allah, seringkali engkau menunjukkan rasa cinta dan lebih tertumpu kepada makhluk. Tetapi engkau amat jarang menunjukkan rasa cinta kepada Allah SWT. Seandainya dibukakan bagi engkau pintu untuk mencintai Allah, pasti engkau akan menyaksikan pelbagai keajaiban dan mendapat reda-Nya.
Rasa cinta kepada Allah dapat dibuktikan dengan menunjukkan ketaatan kepada-Nya, melaksanakan solat dua rakaat dimalam hari, membaca al-Quran, menziarahi orang sakit, menyolatkan jenazah, bersedekah kepada fakir miskin, membantu saudara muslim yang lain, mengadakan kegiatan yang baik, meyebarkan ilmu ataupun membuang duri di jalanan.
Pedang tidak boleh dipakai untuk berperang kecuali dengan bantuan lengan yang kuat. Demikian juga dengan amal soleh. Ia memerlukan seorang mukmin yang ikhlas dalam mengerjakannya.
Ibadat yang paling ringan yang boleh engkau pakai untuk menunjukkan rasa cinta kepada Allah adalah berzikir secara tulus. Kerana zikir itu boleh dikerjakan meskipun oleh orang yang sudah tua, oleh orang sakit yang terlantar, oleh pekerja yang sibuk dengan tugasnya ataupun oleh orang yang malas yang sedang berbaring di tempat tidurnya.
Allah berfirman:
“Apabila kalian telah menunaikan solat, berzikirlah kepada Allah, dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring.” (an-Nisa’ : 103)
Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengarahkan cintanya kepada Allah, Allah juga akan menebarkan kemurahan kepadanya. Orang-orang yang berbuat baik akan mendapat kebaikan (yang setaraf) bahkan lebih daripada itu.
Tetapi aneh apabila seseorang lebih bersahabat dan lebih mencintai hawa nafsu padahal ia merupakan suatu malapetaka yang membuatkan manusia menyimpang dari bersahabat dan mencintai Allah.
Padahal Allah merupakan sumber kebaikan. Siapa yang benar-benar ingin berjalan menuju Allah, hendaklah ia mempunyai tekad yang kuat.
Bila muncul pertanyaan, bagaimana caranya bersahabat dengan Allah?
Jawapannya, bersahabat dengan sesiapapun ada kaitannya. Bersahabat dengan Allah adalah dengan mengerjakan perintah-Nya, menghindari larangan-Nya dan bertawakal kepada-Nya dalam setiap urusan. Bersahabat dengan kedua malaikat (Raqib dan Atid) adalah dengan melakukan pelbagai amal kebajikan. Bersahabat dengan al-Quran dan Sunnah adalah dengan mengamalkan isinya.
Bersahabat dengan langit adalah dengan merenungkannya serta bersahabat dengan bumi adalah dengan mengambil pelajaran dari yang ada di dalamnya. Persahabatan tidak semestinya dengan melihat dan menyaksikannya.
Makna persahabatan dengan Allah adalah bersahabat dengan semua kurniaan dan nikmat-Nya.
Bersahabat dengan nikmat-Nya adalah bersyukur.
Bersahabat dengan ujian-Nya adalah bersabar.
Bersahabat dengan perintah-Nya adalah menghormati dan menunaikannya.
Bersahabat dengan larangan-Nya adalah menjauhi.
Bersahabat dengan ketaatan adalah bersikap ikhlas dan bersahabat dengan al-Quran adalah merenungkannya.
Sekiranya seorang hamba melakukan perkara-perkara itu, beerti ia telah menjalin persahabatan dengan Allah. Bila persahabatan terwujud, kedekatan juga akan diperolehi.
Oleh itu, wahai saudaraku jangan sehingga matahari terbit lagi sementara engkau belum menyembah Allah sebagai hamba yang tulus, setia dan menyintai-Nya.
Oleh itu, bersedekahlah setiap hari walaupun dengan 1/4 dirham sehingga Allah mencatatkan engkau dalam golongan orang yang senang bersedekah.
Bacalah al-Quran setiap hari walaupun hanya satu ayat agar Allah mencatatkan engkau dalam golongan orang yang senang membaca al-Quran serta lakukanlah solat malam walaupun hanya dua rakaat agar Allah mencatat engkau dalam golongan yang senang mengisi malam (qiyamullail).
Jangan sehingga berbuat salah dengan berkata: Mana mungkin orang yang hanya mempunyai makanan cukup untuknya bersedekah? Allah berfirman:
“Hendaklah orang yang mampu, memberikan menurut kemampuannya. Adapun orang yang terbatas rezekinya, hendaklah mengeluarkan sedekah dengan apa yang Allah berikan. Allah tidak memaksa seseorang kecuali sesuai kadar kemampuannya. Kelak Allah akan memberi kemudahan menghilangkan kesulitan.” (at-Talaq : 7)
Orang miskin yang diberi sedekah tidak ubah seperti makhluk yang sedang membawa bekalanmu menuju ke akhirat.
Oleh itu, mintalah mereka untuk membawakan bebanan yang engkau kehendaki agar pada hari kiamat nanti engkau pasti mendapatkannya.
Kadangkala seseorang dikirim untuk memberi engkau pelbagai nikmat. Hanya engkau mungkin buntu, tidak sedar dan tidak bersyukur. Engkau seperti bayi dalam buaian yang setiap kali diayun ia tertidur. Kerana setiap kali ditambah rezekimu, engkau tambah berpaling.
Andaikata seorang penguasa mengirim baju untukmu, mungkin engkau hanya berterima kasih dan memujinya. Oleh itu, engkau mesti segera berpindah kepada Tuan yang telah menganugerahkan segala kenikmatan kepadamu. Tinggalkanlah mereka yang tidak sanggup memberi manfaat kepada yang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)