Apa tanda Sayang?
(Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya, nampak dipandang…)
Aku percaya, pasangan hidup yang terbaik adalah mereka yang jarang berkomunikasi dari jarak yang jauh, jika ada apa apa hal, mereka sedaya upaya akan mencari lokasi paling hampir dengan pasangan hidup masing masing, lalu berbicara dengan lemah lembut dan perlahan.
Contoh bila isteri di dapur, suami pula dalam bilik, lalu isteri menjerit: “bang, mari makan, cepatlah, nanti makanan sejuk!.
Suami diam tak kata apa-apa.
Bang, cepatlah makan, BUAT APA TU! MARI MAKAN!!
( huruf besar bermakna suara makin kuat.)
Suamipun datang dan jerit: awak ingat saya pekak ke?
Lalu merekapun bergaduh di meja makan, bla bla bla, malas aku nak ulas. Dua dua bodoh bangang!
Hakikatnya, bercakap dari jarak yang jauh dengan orang yang kita sayang, adalah tidak bagus. Memang kita boleh menjerit dengan mereka, tapi lebih baik kita pergi hampir dengan suami anda misalnya, lagi dekat lagi bagus, jika bersentuhan lagi-lagi bagus, atau peluk dan cakap sambil berbisik. “Bang, mari makan, nanti makanan sejuk, tak best pula”, ,
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai, InsyAllah.
*****
“Baiklah, Hamka, terima kasih atas nasihat, akak sudah mahu balik, isteri kamu mana?, akak nak bersalaman dengan beliau sekejap.”
Kata saudara perempuanku yang ziarah sempena rumah terbuka lalu akupun tinggalkan beliau di ruang tamu kerana aku tidak mahu menjerit memanggil isteriku, lantas aku kedapur, memeluk isteriku dari belakang dan berbisik.
“Puan X sudah mahu balik”.
Isteriku kegelian dipeluk aku.
15 minit kemudian, Puan X menjerit.
Woi, buat apa lama sangat kat dapur tu!
Woha!
Ps: Tanda orang sayang kita adalah mereka akan cuba bercakap dengan jarak yang paling hampir dengan kita, oleh kerana begitu hampir, kadang kadang mereka berbisik dan kita masih mampu mendengarnya, maka malam ini, apa kata kita berbisik pada Tuhan di tikar sejadah tanda sayangnya kita pada Dia. Jom!
No comments:
Post a Comment