Friday, 30 September 2011

Irfan makki Mamma lyrics on screen

Siapa suamimu di syurga nanti?




Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak pasti bermain di fikiran semua wanita beriman bukan? Pasti mereka ingin mengetahui siapakah suami mereka di sana. Ia akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah s.w.t. Wallahua’lam.
Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)
Mari dengarkan kuliyah dari ustaz:

Bersediakah kamu menjadi suami



Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.
Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.
Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas. Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.
1. KEPIMPINAN
Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.
Allah berfirman: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.” [al-Nisa' 4:34]
Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas. Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.
Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin. Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.
Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.
2. KETEGASAN
Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.
Allah mengingatkan: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Taghabun 64:14]
Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka.
3. PEMELIHARA DARI API NERAKA
Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” [al-Tahrim 66:06]
Justeru anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikannya. Lebih penting, anda hendaklah paling kehadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut. Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga mendirikan solat tetapi anda tidak solat, jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan aurat.
Allah memberi amaran: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff 61:2-3]
4. MEMBERI NAFKAH
Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.
Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapatan minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.
Allah berfirman: “Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).” [al-Thalaq 65:07]
Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.
Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya. Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.

sepanjang hidup

Tuesday, 27 September 2011

apa tanda sayang

Apa tanda Sayang?

(Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya, nampak dipandang…)

Aku percaya, pasangan hidup yang terbaik adalah mereka yang jarang berkomunikasi dari jarak yang jauh, jika ada apa apa hal, mereka sedaya upaya akan mencari lokasi paling hampir dengan pasangan hidup masing masing, lalu berbicara dengan lemah lembut dan perlahan.

Contoh bila isteri di dapur, suami pula dalam bilik, lalu isteri menjerit: “bang, mari makan, cepatlah, nanti makanan sejuk!.

Suami diam tak kata apa-apa.

Bang, cepatlah makan, BUAT APA TU! MARI MAKAN!!

( huruf besar bermakna suara makin kuat.)

Suamipun datang dan jerit: awak ingat saya pekak ke?

Lalu merekapun bergaduh di meja makan, bla bla bla, malas aku nak ulas. Dua dua bodoh bangang!

Hakikatnya, bercakap dari jarak yang jauh dengan orang yang kita sayang, adalah tidak bagus. Memang kita boleh menjerit dengan mereka, tapi lebih baik kita pergi hampir dengan suami anda misalnya, lagi dekat lagi bagus, jika bersentuhan lagi-lagi bagus, atau peluk dan cakap sambil berbisik. “Bang, mari makan, nanti makanan sejuk, tak best pula”, ,

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai, InsyAllah.

*****

“Baiklah, Hamka, terima kasih atas nasihat, akak sudah mahu balik, isteri kamu mana?, akak nak bersalaman dengan beliau sekejap.”

Kata saudara perempuanku yang ziarah sempena rumah terbuka lalu akupun tinggalkan beliau di ruang tamu kerana aku tidak mahu menjerit memanggil isteriku, lantas aku kedapur, memeluk isteriku dari belakang dan berbisik.

“Puan X sudah mahu balik”.

Isteriku kegelian dipeluk aku.

15 minit kemudian, Puan X menjerit.

Woi, buat apa lama sangat kat dapur tu!

Woha!

Ps: Tanda orang sayang kita adalah mereka akan cuba bercakap dengan jarak yang paling hampir dengan kita, oleh kerana begitu hampir, kadang kadang mereka berbisik dan kita masih mampu mendengarnya, maka malam ini, apa kata kita berbisik pada Tuhan di tikar sejadah tanda sayangnya kita pada Dia. Jom!

Monday, 26 September 2011

ke pintu syurga...


Kisahnya begini.................................:)

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang pendakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Pada mulanya dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda Arab itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk senyap di salah satu bangku. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab,
“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”


Kemudian dia mula beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin menahannya dengan tujuan untuk mengajukan beberapa pertanyaan (tujuan sebenarnya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya). Pemuda Arab itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata,
“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”


Si pemuda tersenyum dan berkata,
“Silakan!”


Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”


“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Bismillah dia berkata,

"Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT
Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman bermaksud, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman maksudnya, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah SWT. berfirman maksudnya, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa AS iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman bermaksud “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa AS yang terdapat dalam firman Allah bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai rohadalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman bermaksud, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.”
(At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurgaadalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf: 98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah SWT. berfirman bermaksud, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalahNabi Adam AS, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim AS. Allah SWT berfirman yg bermaksud, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT yg bermaksud “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).


Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari."


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Arab MUSLIM tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,

“Apakah kunci syurga itu?”


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”


Paderi tersebut berkata,
“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”


Mereka menjawab,
“Kami akan jamin keselamatan anda.”


Paderi pun berkata,
“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”


SubhanaALLAH Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang PEMUDA MUSLIM yang bertakwa

Tuesday, 20 September 2011

doa seorang kekasih






Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

setia dan sedia dalam ikatan


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya.Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

Biodata Penulis


Muhamad Yusri Bin Idris.Merupakan graduan Tahun 1 di Jordan University of Science Technology. Begitu meminati bidang penulisan. Kata-kata melalui mata pena adalah lebih tajam daripada sebilah pedang. http://destinihidup.blogspot.com

Monday, 19 September 2011

hukum simpan gambar perempuan

ohhh!!mummy nose is scary

Ya Allah

Ya Rabbi,
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU.
Seorang lelaki yang mempunyai sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat Agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia- sia.
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekedar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya.
Seorang lelaki yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Dan aku juga meminta Ya Allah

Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku.
Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata- kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan "Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kautentukan.

Sunday, 18 September 2011

Memburu Kemuncak Keimanan



PDFPrintE-mail
Iman1Iman adalah anugerah Allah yang paling mahal bagi seorang mukmin dan tidak semua manusia mendapat kesempatan untuk memperolehinya.
Oleh sebab itu, iman mestilah dipelihara dan dijaga sebaik mungkin. Jika ia rusak, apalagi hilang tercabut dari dalam diri seseorang, maka nilai kehidupannya akan menjadi kosong pada pandangan Allah swt walaupun di dunia ia boleh sahaja merasakan berbagai kenikmatan dan kesenangan hidup serta meraih kedudukan yang tinggi, namun di akhirat ia akan mendapat murka dan siksa dari Allah swt.
Allah swt menjelaskan :
“Sesungguhnya orang-orang kafir (tidak beriman dan mentauhidkan Allah), dari kalangan Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani) dan kalangan kaum musyrikin, mereka adalah di neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya, sedangkan mereka adalah makhluk yang terburuk.” (QS Al Bayyinah : 6)
Di zaman sekarang, ramai orang yang tidak menyedari harga atau nilai keimanan.
Samada disedari atau tidak, seseorang itu mudah merusak dan bahkan membuang imannya dari dalam diri hanya kerana berharap sedikit kenikmatan dunia.
Akhirnya ia :
  1. Menggadaikan iman dengan kufur.
  2. Menjual petunjuk dengan kesesatan.
  3. Memperdagangkan akhirat dengan dunia.
Pola hidup manusia seperti itu disebut oleh Allah swt sebagai orang yang menukar :
  1. Yang mahal dengan yang murah.
  2. Yang banyak dengan yang sedikit.
  3. Ampunan (syurga) dengan azab (neraka).
Allah swt menjelaskannya :
“Mereka itu adalah orang-orang yang membeli kesesatan dengan hidayah dan azab dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!” (QS Al-Baqarah : 175)
Nikmat iman yang telah Allah anugerahkan kepada kita mesti kita syukuri. Caranya ialah dengan menjaganya baik-baik dalam diri kita. Walaupun keadaan iman itu boleh naik dan boleh turun, namun kita mesti berusaha secara maksima agar iman itu tetap kukuh dan kuat dalam lubuk hati kita.
Agar iman itu tetap kukuh dalam diri, kita mesti memahami betapa besarnya nilai iman itu. Orang-orang yang sudah menyedari nilai iman, pasti ia akan menjaganya dengan baik dan maksima, sehingga ia merasakan kelazatan dan kemanisan.
Kalau sudah dirasakan kelazatan dan kemanisan iman, maka saat itulah seorang Mukmin sampai ke puncak keimanannya.
Setelah itu, ia akan merasakan betapa besarnya peranan iman dalam kehidupan, samada ketika mendapat kebaikan dan kemudahan hidup atau saat menghadapi berbagai kesulitan hidup.
Orang yang sudah sampai ke puncak keimanan, warna kehidupan yang beragam ini ia rasakan sama sahaja kerana jiwanya stabil, samada dalam mendapatkan berbagai nikmat atau saat menghadapi berbagai cubaan dan kesulitan.
Saat ia mendapat kebaikan, ia dengan mudah dapat bersyukur. Begitu pula saat menghadapi berbagai persoalan dan kesulitan hidup ia mampu melewati dan menjalaninya dengan penuh kesabaran.
Orang yang sudah mencapai puncak keimanan kepada Allah :
  1. Tidak akan pernah merasakan beratnya perintah Allah walau sebesar dan seberat apapun perintah itu.
  2. Tidak akan pernah ragu sedikitpun meninggalkan larangan Allah, sekecil apapun larangan itu.
  3. Tidak akan pernah ragu sedikitpun pada janji Allah, samada janji di dunia ataupun janji akhiratNya.
  4. Tidak akan pernah mengubah orientasi hidupnya kepada selain Allah walau hanya seinci.
Solat, ibadah, hidup dan matinya ia persembahkan hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain, walaupun ia diberi kesempatan memperolehi dunia dan seisinya.
Seluruh perkatan, perbuatan dan aktiviti hidupnya hanya dengan niat untuk Allah, berdasarkan petunjuk Allah dan RasulNya; sedikitpun tidak ada rasa berat dan kesal di dalam dirinya dan ia pasrah dan menyerah bulat terhadap semua keputusan dan pilihan Allah dan Rasulnya.
Itulah sikap hidup orang yang sudah sampai kepada puncak keimanannya kepada Allah seperti yang dijelaskan dalam Al-Qur’an :
“Maka demi Rabb (Tuhan pencipta)mu, mereka belum beriman sampai mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim yang memutuskan semua perkara yang muncul di antara mereka. Kemudian mereka tidak memdapatkan keberatan sedikitpun dalam diri mereka atas keputusan tersebut dan mereka menyerahkannya secara total.” (QS An Nisaa’ : 65)
Orang yang sampai ke puncak keimanan, tidak tergoda sedikitpun oleh gemerlapan kehidupan dunia walaupun ditawarkan padanya dunia dan seisinya, kerana ia sedar betul orientasi hidupnya adalah kemenangan akhirat yang maha hebat yang dijanjikan Allah kepadanya :
“Itulah batas-batas hukum Allah. Dan siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah kemenangan yang amat besar (tanpa batas).” (QS An Nisaa’ : 13)
Jika demikian halnya bagi orang yang sudah merasakan kelazatan dan kemanisan iman sebagai bukti ia sampai ke puncak keimanan, maka timbul satu pertanyaan :
Bagaimanakah cara untuk merasakan kelazatan dan kemanisan iman itu?
Jawabannya ialah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw :
“Ada tiga perkara apabila ketiganya ada dalam diri seseorang maka ia akan merasakan manisnya iman. 1) Bahwa Allah dan rasulNya lebih ia cintai dari selain keduanya. 2) Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah Ta’ala. Dan 3) Dia benci untuk kembali kepada kekufuran (samada dari segi i’tiqad, hukum, akhlak, ibadah dan sebagainya) sebagaimana ia benci dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Bukhari)
Dari hadis di atas dapat kita simpulkan seperti berikut :
PERTAMA
Allah swt dan Rasulullah saw mesti lebih kita cintai dari diri kita sendiri dan bahkan dari dunia dan seisinya.
Caranya tidak lain kecuali dengan mentaati semua perintah dan menjauhi semua larangan Allah dan RasulNya. Kita lakukan semua itu hanya dengan niat ikhlas kepada Allah dan ‘ittiba’’ (mengikuti) Rasulullah. Mentaati Allah dan RasulNya adalah inti ibadah kepada Allah.
KEDUA
Membangun hubungan, komunikasi dan kerjasama dengan saudara seiman mestilah berlandaskan  iman kepada Allah dan di atas cinta kerana Allah swt dan bukan untuk mendapatkan kepentingan duniawi, melainkan mendapatkan ridha dan cinta Allah.
Inilah hubungan yang lurus dan abadi dan ia akan berkekalan sampai ke akhirat nanti sebagaimana firman Allah swt :
“Orang-orang yang bersahabat dekat (di dunia) pada hari itu (Qiamat) sebahagian mereka akan menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (QS Az-Zukhruf :  67)
KETIGA
Kita mesti membenci kekufuran walauapapun bentuknya samada :
  1. ‘Kufur i’tiqadi’ (kufur keyakinan dan keimanan).
  2. ‘Kufur tasyri’i’ (kufur sistem dan perundangan).
  3. ‘Kufur ta’abbudi’ (kufur dalam bentuk ibadah).
  4. ‘Kufur akhlaqi wa taqlidi’ (kufur dalam moral dan tradisi).
Masalah kebencian ini adalah urusan hati. Jika hati belum membenci kekufuran-kekufuran tersebut, sudah pasti hati kita belum dapat merasakan kelazatan dan kemanisan iman kerana antara kufur dan iman adalah dua perkara yang berbeza dan bertentangan.
Tidak mungkin hati kita boleh menerima atau mencintai keduanya. Hati kita akan memilih salah satu di antara keduanya.
Orang yang sudah merasakan kelazatan dan kemanisan iman, pasti dalam waktu yang bersamaan ia akan membenci kekufuran.
Ya Allah, peliharalah iman kami yang sudah tertanam di dalam jiwa kami sejak kelahiran kami dahulu. Kurniakanlah kepada kami kesempatan untuk merasakan manisnya iman dalam kehidupan ini sebelum kami dipanggil pulang untuk menghadapMu pada hari pembalasan nanti dan himpunkanlah kami di syurga Firdaus yang paling tinggi bersama RasulMu saw, para shiddiqin, syuhada’ dan solehin.
Ameen Ya Rabbal Alameen