Monday, 18 July 2011

Bersatu Semula Di Syurga..




alt
Desir pantai mengalun ombak, tiupan angin yang menyapa mengurai jilbab hijauku. Kanak-kanak kecil riang berkejaran. Sesekali mengelak ombak yang memikul pantai tanpa diundang.
 Tiba-tiba tangisan sang anak menjerit meminta simpati rakannya,"Istana kita runtuh. Ombak buat" seraya itu, tangannya ditarik sang rakan mengajaknya membuat istana ditempat baru. Jauh sedikit dari gigi pantai. Bendera kecil bewarna merah akhirnya diletakkan di puncak istana . Mereka gembira melompat-lompat bertepuk tangan. Hasil dari usaha tanpa jemu.
Terus merenung ditengah lautan yang luas, Aku mengamati bot nelayan yang menuju ke sisir pantai, dialihkan pada air yang tenang ditengahnya.
"Masih memikirkan apa lagi Nurul?" Sapaan lembut sahabat kesayanganku Insyirah yang memiliki wajah manis anak melayu kacukan jawa dan banjar yang dikenalinya dahulu sejak terlanggar alam tarbiyyah di  universitinya setahun yang lalu.
"Syira , damaikah Syira bercuti di sini? Tenangkah hatimu Syira?" Tanyaku kepada Insyirah dengan tiba-tiba.
"Pasti Nurul, segenap waktu ku selain menikmati keindahan alam dan makan, Syira akan habiskan masa untuk bersama Dia dan membaca. Kenapa Nurul Tanya begitu? Nurul tak tenangkah? Atau ada lagi yang membelenggu dirimu sahabatku?" Tanya Syira kepada ku kembali.
"Syira, Nurul rindukan dia Syira" Terkeluar juga lafaz yang cuba disimpan selama ini.
"Rindu siapa Nurul? Tunang Nurul kah?" Tanya Insyirah lagi cuba untuk menyelami perasaan ku.
"Nurul tahu tidak selayaknya Nurul rasa begitu, tapi ini naluri Syira. Nurul simpan dan Nurul luah hanya pada Dia selama ini." Air mata yang ditahan-tahan tidak mampu disimpan.
"Subhanallah. Sabar Nurul. Jika ada jodoh kau tetap akan bersama dia juga. Perlihara dirimu, lengkapkan dirimu agar Nurul lebih bersedia menjadi pembantu mujahidmu Nurul. Berbincanglah dengannya dan dengan keluarga Nurul untuk percepatkan urusan kalian"Nasihat Insyirah cuba untuk menenangkan.
"Tidak, tidak semudah bicaramu Syira."
" Apa lagi yang kalian fikirkan? Bukankah mempercepatkan ibadah itu lebih mudah urusan dakwah kalian? Lebih terjaga daripada kau terus bermain perasaan? Mengelak fitnah dan masalah hatimu. Syira rasakan walau sesibuk mana Nurul, pasti sukar juga nak melawan fitrah. Kau akan merindui yang tidak halal bagimu Nurul. Maaf jika kasar teguranku"
" Kau takkan faham Syira"
"Ya , aku memang tidak akan faham jika tidak difahamkan Nurul. Aku bukan bomoh atau pawang yang boleh meneka-neka isi hati kau Nurul. Malah aku bukan Tuhan yang Maha mengetahui. "

"Syira, aku cuma pinta kau doakan kami akan bersama" Seraya itu aku meninggalkan Insyirah menuju ke jeti pantai.
Sujud malam itu berbeza sekali. Nurul berasa amat tenang walau air mata laju terus mengalir dipipinya. Kalam Al-Furqan ditatapi namun hanya dibaca ayat yang indah dalam surah Ar-Rad pada ayat yang ke 28.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".
Dibuka lembaran lain ‎"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya'' Al-Fajr :27-28.
___________________________________________________________________________________
" Esok hari bahagiaku Syira. Terima kasih atas segalanya Insyirah. Kau sahabatku dunia dan akhirat." kataku kepada Insyirah semasa sama-sama menghiaskan kamar pengantinku.
" Aku terima nikahnya Nurul Iman Bt Muhammad Abid dengan mas kahwin RM 77.70" Seuntai doa dibacakan sendiri oleh Muhammad Irsyad, suami Nurul Iman. Solat sunat dan sujud syukur dilaksanakan bersama. Kucupan restu di umbut-umbut Nurul diterima dengan tenang sekali.

"Abang akan merahmatimu sayang dan kita akan sama-sama bina keluarga ini sehingga ke syurga, InsyaAllah. Terima kasih kerana sudi menerima abang sebagai suamimu. Bantu abang ke syurga ya" Ujar Irsyad lembut kepada Nurul.
"InsyaAllah abang. Terima kasih juga sebab memilih sayang dalam hidup abang, bimbing sayang juga untuk teman abang di syurga. Redhailah setiap amalan sayang. Sayang akan usaha lahirkan mujahid dan mujahidah impian kita. Nurul sayang abang" itulah kali pertama lafaz sayang yang diluahkan pada seorang muslimin pilihannya yang dipilih atas agama yang dimiliki suaminya sejak awal perkenalan mereka.
Janji mereka yang sentiasa menjadi motivasi tatkala muhasabah bersama untuk meneruskan hidup di alam rumah tangga. Hanya kerana rindu pada Cinta dan syurga Allah. Masing-masing berusaha memainkan peranan sebagai suami isteri yang soleh dan berkerjaya.
                                                                                                   ***
" Walid, Mus'ab lapar. Lama sangat walid tengok kubur ummi. Ummi tak nak keluar pun. Jom balik, Mus'ab nak makan rendang nenek"
 Air matanya disapu
"Sayang, ummi bukan tak nak keluar, Cuma ummi sedang berseronok disana. Nanti walid pun akan ikut ummi, Mus'ab pun akan ikut ummi sayang"
"Ummi ajak Mus'ab sekali ke walid? Wah, Mus'ab mestilah nak jumpa ummi. Nak tenang macam ummi juga. Mus'ab rindu ummi, teringin nak jumpa Ummi nak tengok muka Ummi sama tak macam gambar yang walid tunjuk setiap hari tu"
Untuk yang keberapa juta kalinya entah Irsyad membaca warkah cinta buatnya yang dikirim bersama bayi yang diwariskan untuknya semasa kelahiran Mus'ab.
"Untuk mujahidku sayang, Mohammdad Irsyad,
Abang, tidak ada pujianku selepas Allah dan rasul terhadap makhluk selepasNya dariku padamu. Atas kurniaan Tuhan, sayang miliki suami yang soleh macam abang. Yang adil pada kehidupan dunia dan akhirat.
Zauj ku yang teristimewa, sepanjang bersamamu, begitu bahagianya sayang. Sayang dilimpahi kasih sayang yang luas, sayang tenang dengan perjuangan-perjuangan abang. Kita terlalu banyak merancang kehidupan untuk kita dan anak-anak, malah abang selalu mengingatkan sayang matlamat pernikahan kita yang sebenarnya hanya mengharap Cinta Allah.
Cintaku, sayang ingin memberitahu abang, abanglah manusia paling hebat yang menawan hati sayang sejak sayang terima abang untuk menjadi tunang sayang. sayang simpan dan sayang hanya luah hanya pada Dia selama ini. sayang cemburu dengan gerak kerja abang yang teratur, sayang cemburu pada perjuangan abang. Sayang tekad untuk setia menanti abang.
Abang, sayang ingat lagi, abang berjanji mahu anak dalam kandungan sayang ini menjadi pejuang agama dan negara. Sayang ingat lagi abang dan sayang sama-sama merangka pendidikan anak kita yang akan lahir. Sayang terbayang buku simpanan anak kita yang abang baru daftarkan. Abang seorang suami dan ayah yang hebat.
Abang, sayang masih ingat sayang mengangkat tangan berjanji dengan abang untuk sayang setia membantu abang dan membesarkan mujahid kecil kita yang akan lahir. Sayang akan pastikan dia menjadi seorang hafiz yang cemerlang akedemiknya. Sayang masih ingat janji kita untuk membina sebuah keluarga sakinah mawaddah warahmah. Sayang berjanji dengan abang untuk sama-sama menikmati ibadah di tanah suci. Sayang pegang janji untuk sayang jadi yang solehah untuk abang.
Namun sayangku, ustaz Irsyad yang dicintai. Maafkan sayang kerana sayang bukanlah penjanji yang setia. Kerana janji sayang pada Dia lebih sayang utamakan. Abang, kalau ditakdirkan izrail menjemput sayang, abang janganlah terlalu bersedih hati kerana sayang akan bertemu cinta agung kita yang sering kita idamkan di tahajud kita bersama. Cuma mungkin sayang pergi dulu.
Sayang tinggalkan mujahid kecil ini untuk abang. Sayang mohon abang teruskan perancangan-perancangan kita dahulu. Didik dia menjadi pembantu sayang menuju syuga ya suamiku.
Jika abang dan si mujahid ini memerlukan sang bidadari untuk membantu, sayang sudah sedia merestuinya abang. Halalkan segalanya abang dan sayang mohon maaf sekali lagi kerana sayang bukanlah yang terbaik tapi sayang cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik buat abang dan keluarga.Sekian dahulu dari zaujahmu ,Nurul Iman binti Muhammad Abid. Cintaku padamu selamanya. Semoga bertemu disyurga."
"Walid, nenek panggil makan" laungan mujahid kecil mematikan sedu Muhammad Irsyad.
Isteriku yang solehah, bidadariku disana. Kau syahid kerana mujahid kecil ini sayang. Semoga abadi mu di syurga sana.

Hutang Suami Kepada Isteri

alt
Setelah beberapa tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan berkongsi ilmu dalam beberapa 'ceramah', isu yang selalunya timbul apabila membicarakan tentang poligami adalah isu mengenai nafkah.
Dalam sebuah kuliah yang saya hadiri, ada seorang muslimat bertanya, "Puan, boleh tak kita mencuri duit dari poket suami untuk kegunaan keperluan rumahtangga?"
Walaupun saya pasti majoriti anda sudah maklum akan jawapannya, di sini saya sekadar ingin bertanya pihak suami, "Kenapa harus isteri mencuri haknya sendiri yang tidak kamu tunaikan?"
Dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: "Saya datang kepada Rasulullah S.A.W lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami?" Sabdanya: "Berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)
Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya.
Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya si suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini si isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah S.A.W: 
Dari Aisyah r.a berkata: Sesungguhnya Hindun datang kepada Rasulullah lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya". Lalu Baginda bersabda: "Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar". (H.R Bukhari dan Muslim.
 *Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan keperluan dapur seperti rempah-ratus (bawang, beras/ tepung, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya)
iii. Pembantu rumah bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan (sabun, syampu, dan lain-lain)
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas bilik  tidur dan sebagainya
vii. Tempat tinggal (rumah).
(an-Nawawi: 450-461)
Nafkah suami terhadap isteri yang tidak terlangsai itu akan tetap dikira sebagai hutang sekiranya isterinya tidak redha.
Mengikut Hukum Syara'  isteri yang taat dan tidak disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah berhak mendapat nafkah daripada suaminya.
*Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah suaminya iaitu antara lain;
a) Apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya.
b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
Kepada para isteri, andai isteri-isteri semua redha tidak diberikan nafkah tersebut oleh si suami, maka terlepaslah hukuman untuk suami-suami anda di akhirat. Tetapi andai isteri tidak redha, persoalan nafkah ini akan tetap dibangkitkan kembali ketika hari penghisaban di akhirat kelak.
Kepada para suami sekiranya nafkah si isteri tersebut sengaja diabaikan, bawalah bertaubat dan langsaikanlah semula hak-hak si isteri mengikut kemampuan anda. Sudah tentu anda tidak mahu disekat daripada menjejakkan kaki ke Syurga semata-mata kerana hutang anda yang tidak terlangsai kepada si isteri. Wallahualam.

Thursday, 14 July 2011

40 Tahun Berbuat Dosa


Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahwa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata:
“Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!” Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahwa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.
Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, hewan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.
Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi yaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”
Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”
Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang durhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, karena kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”
Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang durhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahwa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, niscaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”
Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah durhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.” Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan ditumpahkan dari atas langit.
Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”
Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia durhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”

kisah perempuan tua dan kecintaan nya terhadap Rasul


Tersebutlah sebuah kisah seorang Perempuan Tua yang tak pernah berhenti berharap datangnya Syafaat Rasulullah saw. Perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Ia juga menunjukkan kerendahan hati, kehinaan diri, dan keterbatasan amal dihadapan Allah swt. Lebih dari itu, ia juga memiliki kesadaran spiritual yang luhur: Ia tidak dapat mengandalkan amalnya. Ia sangat bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang menjadi rahmat semua alam selain Rasulullah saw?
Insya Allah, Kisahnya akan Bermanfaat dan dapat dipetik Hikmahnya.
Di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Ia menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh. Usai jualan, ia pergi ke masjid Agung di kota itu. Ia berwudhu, masuk masjid, dan melakukan salat Zhuhur. Setelah membaca wirid sekedarnya, ia keluar masjid dan membungkuk-bungkuk di halaman masjid. Ia mengumpulkan dedaunan yang berceceran di halaman masjid. Selembar demi selembar dikaisnya. Tidak satu lembar pun ia lewatkan.
Tentu saja agak lama ia membersihkan halaman masjid dengan cara itu. Padahal matahari Madura di siang hari sungguh menyengat. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya.

Banyak pengunjung masjid jatuh iba kepadanya. Pada suatu hari Takmir masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan itu sebelum perempuan tua itu datang.
Pada hari itu, ia datang dan langsung masuk masjid. Usai salat, ketika ia ingin melakukan pekerjaan rutinnya, ia terkejut. Tidak ada satu pun daun terserak di situ. Ia kembali lagi ke masjid dan menangis dengan keras. Ia mempertanyakan mengapa daun-daun itu sudah disapukan sebelum kedatangannya. Orang-orang menjelaskan bahwa mereka kasihan kepadanya. “Jika kalian kasihan kepadaku,” kata nenek itu, “Berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya.”
Singkat cerita, nenek itu dibiarkan mengumpulkan dedaunan itu seperti biasa.
Seorang kiai terhormat diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa ia begitu bersemangat membersihkan dedaunan itu. Perempuan tua itu mau menjelaskan sebabnya dengan dua syarat: pertama, hanya Kiai yang mendengarkan rahasianya; kedua, rahasia itu tidak boleh disebarkan ketika ia masih hidup.
Sekarang ia sudah meninggal dunia, dan Anda dapat mendengarkan rahasia itu.
“Saya ini perempuan bodoh, pak Kiai,” tuturnya. “Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Nabi Muhammad. Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu salawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Rasulullah menjemput saya. Biarlah semua daun itu bersaksi bahwa saya membacakan salawat kepadanya.”